40 kematian akibat Covid-19

0
309

SEBANYAK 40 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan korban di seluruh negara sebanyak 30,280 kes.

Berdasarkan data Github kementerian kesihatan, lapan atau 20 peratus daripada kes dicatat merupakan kematian sebelum tiba ke hospital (BID).

Perak mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak enam kes atau 15 peratus, diikuti Kelantan, Selangor dan Terengganu yang mencatat lima kematian (12.5 peratus).

Johor, Pahang dan Pulau Pinang pula merekodkan tiga kematian, sementara Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur melaporkan dua kes masing-masing.

Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis melaporkan satu kematian masing-masing manakala Putrajaya dan Labuan tidak melaporkan sebarang kematian.

Sebanyak 5,097 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,619,577. Setakat ini, 67,252 kes aktif Covid-19 turut dicatat, sementara 5,352 pesakit pulih daripada jangkitan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here