Isu kesihatan mental, jujurlah dengan diri sendiri- Diana Danielle

0
307

Tidak malu mahupun meletakkan prejudis terhadap kesihatan mental sendiri, Diana Danielle mengakui mahu berjumpa dengan pakar kesihatan mental sedikit masa lagi.

Dia mengesyaki mengalami masalah kesihatan mental dari segi tumpuan (ADHD) memandangkan telah mula mengesan beberapa tanda-tanda awal gangguan berkenaan.

“Perkara macam ni perlu ada kesedaran dan saya tahu ada orang yang tak jujur dengan diri sendiri. Tanda-tanda ADHD ni tidak susah untuk dikenal pasti tapi ramai dalam kalangan kita tak tahu.

“Saya banyak membaca tentang perkara ini dan sudah pasti terdedah dengan fakta. Jadi saya kaitkan dengan sendiri untuk mengenal pasti tanda-tanda awal,” katanya.

Melihatkan keadaan semasa, ada benar apa yang dikatakan oleh isteri kepada pelakon Farid Kamil yang semua orang perlu ambil tahu dan ambil peduli dengan diri sendiri.

Semua orang perlu mempersiapkan diri menilai kesihatan mental sendiri dan mencari kaedah merawatnya sebelum terlambat.

Tambahnya, dia sudah mengesyaki tentang masalah ini sejak remaja lagi namun tidak melakukan apa-apa ketika itu.

Antara gangguan yang sering dihadapi termasuklah soal tumpuan dan suka melakukan hal lain ketika membuat sesuatu perkara selain kehilangan barang-barang peribadi.

“Saya memang alami masalah fokus yang lari atau berubah-ubah, saya mahu buat satu perkara kemudian beralih kepada perkara lain, jadi saya kesian kepada anak-anak saya.

“Kiranya saya ke depan mahu membuat pemeriksaan ini bukan untuk diri saya semata-mata tetapi juga untuk keluarga.

“Macam manapun, ADHD ini bukanlah tak boleh dirawat memandangkan ada cara untuk merawatnya dan saya pun tak terlalu risau mengenainya,” jelasnya.

Mahu segera mendapatkan rawatan, Diana bagaimanapun berharap apa yang dialaminya kini dapat segera disahkan oleh doktor dan mahu kembali menjalani kehidupan normal seperti orang lain.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here