4,854 kes baharu Covid-19

0
447

KES jangkitan baharu COVID-19 sepanjang tempoh 24 jam yang lalu menunjukkan penurunan berbanding hari sebelumnya dengan 4,854 direkodkan.

Semalam, sebanyak 5,859 kes baharu dilaporkan.

Pertambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan dalam negara akibat pandemik itu mencecah angka 2,586,601.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kematian merekodkan 41 kes sehingga Sabtu malam, menjadikan jumlah kumulatif korban di Malaysia sebanyak 29,978. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here