Melaka perlu jadi model teraju perubahan – Tuan Ibrahim

0
395

RAKYAT Melaka perlu menjadi model kehadapan dalam meneraju perubahan melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurutnya, rakyat Melaka memerlukan perubahan polisi kepimpinan yang berintegriti selain kepimpinan yang memberi fokus kepada rakyat.

“PAS memang terkenal antara parti yang sangat rapat dengan permasalahan rakyat, semasa waktu musibah atau rakyat perlukan bantuan.

“PAS bersama dalam Perikatan Nasional (PN) menentang amalan rasuah, salahguna kuasa dalam apa jua urusan pentadbiran,” katanya, memetik laporan Harakahdaily, hari ini.

Justeru itu katanya, PRN Melaka adalah masa terbaik untuk rakyat Melaka melakukan perubahan ke arah kepimpinan yang bebas rasuah, lompat parti serta tindakan yang memenuhi agenda peribadi dan sebagainya.

Katanya, PAS bersama Perikatan Nasional berhasrat untuk membina negara sejahtera dengan fokus keluarga bahagia dan bebas amalan nagatif dengan membina masyarakat harmoni ke arah generasi gemilang.

Amalan negatif itu katanya seperti ketagihan judi, ketagihan arak dan masalah masalah moral yang menjejaskan keharmonian keluarga, perceraian, penderaan keluarga dan sebagainya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here