PRN Sarawak – daftar segera permohonan undi pos dalam talian

0
698

SURUHANJAYA Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengingatkan permohonan undi pos secara talian bagi warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai pemilih dan layak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-12 telah dibuka bermula 8 November sehingga 24 November depan. 

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam satu kenyataan, berkata permohonan undi pos berkenaan adalah untuk pengundi kategori Borang 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara), dan kategori Borang 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) sahaja. 

Katanya, manakala bagi permohonan untuk undi pos kategori Borang 1A (Petugas Pilihan Raya, Ahli/Pegawai SPR, Anggota Polis, Anggota Tentera, dan Petugas Media) akan dimaklum kelak.

“Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang MySPR Daftar di pautan, https://mysprdaftar.spr.gov.my/ atau di portal rasmi SPR iaitu https://www.spr.gov.my/

“Pemohon dinasihatkan agar membuat dua permohonan lebih awal bagi mengelakkan berlakunya sebarang isu atau kesulitan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Unit Pengurusan Undi Pos (UPUP) di talian

03-88927080 atau e-mel kepada [email protected]. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here