Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Perikatan Nasional ikrar bawa Melaka Bangkit Gemilang -

[VIDEO] Perikatan Nasional ikrar bawa Melaka Bangkit Gemilang

PERIKATAN Nasional (PN) hari ini melancarkan manifesto atau ikrar Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berteraskan kepada enam tunjang utama selari dengan motto Melaka Bangkit Gemilang.

Dinamakan Ikrar PN untuk Melaka, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, enam tunjuang itu akan disokong 11 strategi dan 74 pendekatan.

“Ikrar yang ditawarkan ini bukan omongan kosong, mahupun janji bulan dan bintang. Ikrar ini adalah satu komitmen bahawa Kerajaan negeri yang bakal dibentuk nanti adalah berteraskan suara rakyat yang mahu melihat Melaka Bangkit Gemilang sebagai sebuah negeri yang maju, prihatin rakyat dan dipimpin oleh sebuah pasukan kepimpinan yang berintegriti.

“Tumpuan Kerajaan baharu Perikatan Nasional yang akan dibentuk kelak akan berpaksikan kepada Keutuhan Ekonomi, Keprihatinan Kepada Rakyat, Kerancakan Sektor Pelancongan, Kelestarian Alam Sekitar, Kecekapan Infrastruktur serta Keteguhan Dan Kejujuran Pentadbiran, katanya ketika berucap melancarkan Ikrar PN Untuk Melaka di Glenmarie Shah Alam hari ini.

Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Jamin ekonomi Melaka utuh, mampan
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Meletakkan Melaka dalam ranking 3 negeri terbaik peperiksaan awam
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Pulih, rancak kembali pelancongan Melaka
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Tingkatkan penggunaan teknologi hijau demi kelestarian alam sekitar
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Atasi masalah banjir, kesesakan lalu lintas, akses internet
Baca berita berkaitan: Ikrar PN: Tawar kepimpinan berintegriti, prihatin rakyat
Baca berita berkaitan: PN tubuh jawatankuasa bebas pastikan ikrar dilaksana gigih dan telus

Muhyiddin berkata, ikrar hari ini adalah satu tawaran yang inklusif dan menyeluruh kepada seluruh rakyat negeri Melaka.

“Ini bagi memastikan tiada golongan yang dipinggirkan daripada mendapat limpahan manfaat hasil pembangunan pesat negeri ini dalam pelbagai sektor ekonomi,” katanya.

Beliau menambah, di sebalik kekangan kempen, ledakan semangat juang dan kesungguhan calon-calon PN terus membara, tidak luntur walau apapun badai yang mendatang.

“Iltizam mereka untuk menawarkan bakti dan budi serta menyemai kasih kepada seluruh rakyat negeri Melaka adalah satu komitmen penting yang Perikatan Nasional pertaruhkan.

“Kita menawarkan kepada rakyat negeri Melaka pemimpin-pemimpin berwibawa sebagai peneraju motto kita: Melaka Bangkit Gemilang.

“Saya amat yakin, gabungan kepimpinan calon Perikatan Nasional yang bertanding kali ini mampu membawa aspirasi rakyat negeri Melaka yang tentunya ingin melihat Melaka bangkit sebagai sebuah negeri yang gemilang,” katanya.