PRN Melaka: Pilihlah parti berjiwa tulus

0
1097

PENGUNDI dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sedang menelek-nelek parti manakah jadi pilihan mereka. Calon-calon pula sedang memperagakan parti masing-masing ikut kaedah kempen normal baharu.

Jika hendak pilih parti berwarna biru, hati-hati dan telek dengan teliti, sebab ada dua parti yang berwarna biru.

Jadi, jangan sekali-kali terpedaya dan menganggap mereka pelanduk dua serupa.

Parti warna biru yang pertama memang dikenali ramai. Tetapi, ia juga terkenal dengan pelbagai dongeng yang telah dan sedang diperkatakan oleh banyak pihak, bukan sahaja di Melaka, malah di merata dunia.

Parti warna biru yang kedua dijelmakan memerusi PRN Sabah pada September 2020.

Abah selaku pembesar utamanya, adalah panglima yang memerangi ancaman Covid-19 demi nyawa dan kehidupan rakyat semua bangsa.

Ketika Abah meletakkan jawatan Perdana Menteri pada Ogos lalu, ramai ibu dan kakak serta kita semua mencucurkan air mata duka sebab beliau dianaiya dan dikhianati.

Jangan ditanya siapa pengangkara tersebut. Kita sudah tahu siapa mereka.

Namun, mereka juga didakwa bermain kayu tiga dengan parti berwarna merah yang kini sedang menggoda pengundi Melaka. Betul atau tidak, hanya Allah S.W.T sahaja yang maha mengetahuinya!

Tetapi, memang ada pemimpin parti berwarna merah pernah berkata: Abah digulingkan sebagai „hukuman‟ kerana membawa Bersatu keluar dari Pakatan Harapan (PH).

Rujuk kenyataan pemimpin ini dalam Malaysia.news.yahoo, 16 Ogos 2021. Bagaimanapun, mereka enggan berterus-terang, PH pernah didakwa meminggirkan Peribumi dan Muslim dalam pemerintahannya.

Abah bawa Bersatu keluar dari PH sebab agenda Peribumi-Muslim sukar dilaksanakan dalam pemerintahan tersebut.

Datuk Ruhanie Ahmad

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian SatuBerita.

Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

SatuBerita menghargai pendapat anda.

Hantar pendapat anda ke emel, [email protected]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here