Hazman Al-Idrus lancar single terbaru ‘Aura’

0
705

PELAKON dan penyanyi tanah air, Hazman Al-Idrus tampil dengan single terbaru yang berjudul Aura selepas beberapa tahun sepi dari bidang seni muzik.

Menurutnya, single terbarunya itu merupakan “comeback” dan juga hadiah buat peminat yang setia menantinya untuk kembali aktif ke dunia nyanyian.

Lagu Aura yang berirama ‘Rock’ ini adalah 100 peratus hasil sentuhannya sendiri dan Hazman berharap ianya mampu memberikan aura baharu kepada karier nyanyiannya serta dapat memikat hati peminat-peminat muzik tanah air.

Walaupun sibuk dengan karier lakonan, namun pembikinan lagu Aura ini dapat juga dicipta sepenuhnya oleh beliau sendiri dalam tempoh sebulan.

Hazman turut menyatakan bahawa single terbarunya ini memberi pengalaman baharu buat dirinya dalam dunia muzik dan rakaman.

“Pengalaman sangat mencabar sebab ini adalah karya sulung saya dan saya memang tiada pengalaman untuk menerbitkan lagu.

“Banyak perkara baru yang saya belajar tentang pembikinan muzik, mulai dari menulis lirik lagu, mencipta melodi, masuk ke studio untuk rakaman, penyusunan muzik dan vokal sehinggalah proses penerbitan lagu ini”. katanya.

Tambahnya, proses penerbitan lagunya itu bukan mudah, namun ia adalah proses pembelajaran bagi dirinya supaya lebih mahir dimasa akan datang. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here