Mayat kanak-kanak lemas ditemui

0
325

MAYAT seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai tergelincir ke dalam Sungai Kampung Perupok pada Ahad, ditemukan lemas hari ini.

Mangsa, Mohd Hafiz Izzan Awari, ditemukan jam 10.05 pagi tadi oleh penduduk kampung yang turut membantu pencarian mangsa sejak jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, mangsa ditemui di Kampung Setar kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

“Pada jam lebih kurang 10.05 pagi tadi mangsa telah ditemukan lebih kurang dua kilometer daripada tempat mangsa dipercayai jatuh,” katanya ketika ditemui di lokasi penemuan mayat, hari ini.

Berikutan penemuan jasad mangsa itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan hari ini.

Dalam kejadian semalam, mangsa dilaporkan hilang ketika bermain bersama kakaknya sebelum dipercayai terjatuh dan dihanyutkan arus sungai.

Pada awalnya, mangsa mengunjungi rumah neneknya di kampung itu, bersama ibu dan kakaknya dan sebaik tiba, Mohd Hafiz terus keluar bermain di tepi sungai.

Kakaknya terlebih dahulu pulang ke rumah neneknya dan meninggalkan adiknya bermain seorang diri di tepi sungai itu dan apabila kembali semula, mangsa dipercayai sudah terjatuh ke dalam sungai. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here