Kantoi lagi? Isteri Shuk nafi wanita itu dirinya

0
414

INGATKAN sudah ‘suam-suam kuku’ kisah antara mereka rupa-rupanya masih bersisa apabila isteri kepada pelawak Shuk Sahar mendedahkan yang individu yang dilihat berjalan dengan suaminya bukan dirinya.

Mendedahkan perkara tersebut melalui Instagram, isteri Syuk yang dikenali dengan nama Rossa Serra itu menjawab pertanyaan peminat yang ternampak suaminya bersama seorang wanita.

“Ye, siapa-siapa yang ada nampak tu bukan iolsss (saya). Dua-dua mangkuk ni takkan mengaku. Lain kali korang ambil gambar dan video dorang (mereka) kalau nampak, so dorang tak boleh acah-acah victim (mangsa),” tulisnya.

Semua itu didedahkan apabila ada peminat bertanyakan kepada Rossa adalah dia wanita yang kelihatan di panggung wayang terletak di Gurney, Pulau Pinang.

Melalui perkongsian lain, Rossa turut memuat naik gambar seorang lelaki dan wanita yang berjalan bersama dipercayai suaminya.

“Pergi mana sama bagai tu,” tulisnya sambil meninggalkan emoji ketawa.

Pun begitu, melalui pemerhatian di Instagram Shuk, pelawak berkenaan tidak memberikan apa-apa reaksi mengenai isu berkenaan.

Terdahulu, kisah rumah tangga Shuk dan Rossa panas apabila diganggu seorang wanita. Kes tersebut bukanlah kes baharu memandangkan sudah beberapa kali mendapat perhatian media.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here