[VIDEO] Siapa punya kerja ni? Paku bertaburan di simpang Cheras Jaya bahayakan pengguna

0
321

SATU rakaman video memaparkan orang awam menjumpai beberapa batang paku ditaburkan di jalan raya tular di media sosial, hari ini.

Menerusi video berdurasi 34 saat yang dikongsi di laman Twitter oleh @nijamrusli, dipercayai paku-paku itu ditabur oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Difahamkan, kejadian yang boleh membahayakan nyawa pengguna jalan raya itu berlaku di persimpangan menghala ke Cheras Jaya, Balakong, Selangor.

Sementara itu, video berkenaan mendapat perhatian netizen yang berang terhadap kejadian itu dan meminta agar pelaku ditangkap serta dibawa ke muka pengadilan kerana seolah-olah memainkan nyawa orang ramai.

“Sini dah la selalu rider delivery (penghantar) keluar masuk. Kalau depa (mereka) yang jadi mangsa ni, alahai kesiannya. Semoga yang buat macam ini hidupnya tak tenang,” kata @syahirsahari.

“Aku harap orang yang buat ni hidup tak berkat, makan tak lawas, tidur tak lena, selera makan hilang, minyak cepat habis,” kata @jailaniMF.

“Semoga tuhan beri balasan yang setimpal, sesungguhnya nyawa itu adalah anugerah,” kata @rahman_nick. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here