Tanggungjawab makin besar, Anzalna bangga bapa dilantik CEO Finas

0
570

Anzalna Nasir meluahkan rasa syukur apabila bapanya, Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang baharu berkuatkuasa 1 Oktober.

“Alhadulillah, congratulation dad! Im so proud of you. Sebagai anak tumpang gembira,” tulisnya melalui satu hantaran menerusi akaun Instagram miliknya.

Pelantikan ke kerusi panas di agensi berkenaan sudah pun kedengaran sejak minggu lalu yang mengaitkan nama bapa pelakon yang berusia 33 tahun ini bakal mengisi jawatan berkenaan.

Jelasnya, ini merupakan satu tanggungjawab besar  bagi memperkasakan lagi industri filem tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Ini adalah tanggungjawab, amanah besar dan teamwork untuk sama-sama memacu industri filem kita, insya-Allah,” katanya lagi.

Sekian dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan peminat, beberapa rakan artis turut meninggalkan komen yang sama.

Antaranya termasuklah Erma Fatima, Ning Baizura, Carmen Soo dan Watie Elite yang bersyukur serta mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut.

Terahulu pelantikan Md Nasir diumumkan oleh Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mantek yang memegang jawatan berkenaan untuk tempoh 2 tahun. 

Beliau menggantikan tempat yang ditinggalkan Ahmad Idham yang kini dilantik sebagai Setiausaha Kebudayaan, Kementerian Luar.

Untuk rekod, Md Nasir berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia serta pasca kedoktoran dalam bidang yang sama dari Univeristi Sheffield Halam, United Kingdom. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here