KDN terima 212,926 permohonan Program Rekalibrasi PATI

0
257

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menerima 212,926 permohonan daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) di bawah Program Rekalibrasi PATI, manakala 11,751 permohonan diterima daripada majikan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata terdapat beberapa sektor khusus bagi PATI yang mendaftarkan diri untuk bekerja semula dan KDN sudah pun membuat verifikasi mengenai permohonan itu.

Bagi sektor perkilangan saja, jumlah yang mendaftar untuk bekerja semula adalah seramai 65,484 permohonan; pembinaan, 122,075 permohonan; perladangan, 7,176 permohonan dan pertanian, 12,003 permohonan.

Ini adalah mereka yang sudah mendaftar dan berminat untuk mana-mana majikan mengambil mereka dan bekerja semula,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Steven Choong Shiau Yoon (BEBAS-Tebrau) yang bertanya mengenai program pemutihan yang dilaksanakan KDN, selain usaha untuk memastikan sektor penting dalam negara tidak terjejas akibat kekurangan pekerja. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here