Keputusan Amanah terima ‘katak’ menjelang PRN Melaka dikecam

0
321

BEKAS ahli Palimen Pandan Rafizi Ramli hari ini menyelar Amanah dan presidennya Mohamad Sabu kerana menggesa Pakatan Harapan (PH) menerima beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang baru-baru ini menarik sokongan terhadap ketua menteri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan ini.

Dalam sebuah perkongsian Facebook, Rafizi berkata perkara sama juga turut berlaku pada 2016 ketika Bersatu berunding untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

“Saya dan sahabat-sahabat yang mewakili PKR dalam Majlis Presiden berkeras Bersatu hanya diterima sebagai sekutu pilihan raya (bukannya anggota PH) supaya keputusan PH tidak kacau bilau.

“Yang berkeras mahukan Bersatu sebagai anggota PH adalah pimpinan Amanah dan DAP, dengan alasan PKR tidak kuat dan berpecah,” katanya, memetik laporan Malaysianow. 

Namun akhirnya, Rafizi berkata, Bersatu menukar haluan, menjadikan strategi “lonjakan yang dibawa Bersatu” juga tidak memberikan apa-apa kelebihan.

“Sekarang alasan yang sama digunakan pimpinan Amanah, 

konon Idris Harun dan lain-lain akan bawa lonjakan di Melaka.” katanya.

Idris yang merupakan bekas ketua menteri Melaka, adalah antara empat ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik sokongan terhadap Sulaiman Md Ali bulan lalu menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober.

Adun lain yang turut bersama Idris termasuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu).

Rafizi berkata pimpinan Amanah berkokok dalam mesyuarat kerana dalam PH, parti yang menjadi komponennya akan memiliki bilangan undi yang sama.

“Di luar mereka senyap kerana sudah jadi amalan yang akan kena hentam PKR yang selalu kena jawab diluar.

“Sudah sampai masanya presiden Amanah dan pengerusi Amanah Melaka pula cuba meyakinkan pendukung PH di luar ini kot belah mana kemasukan katak-katak politik akan memberi lonjakan yang boleh memenangkan PH di Melaka.” – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here