Lelaki jatuh parit semasa tangkap ikan ditemukan lemas

0
251

SEORANG lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran sungai di Taman Alor Rela, Langgar, Alor Setar, ketika menangkap ikan semalam ditemui lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd. Zain berkata, Mayat Mohd. Nazri Musa, 51, ditemui terapung pukul 7.07 pagi pada jarak 17 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pukul 7.57 pagi untuk tindakan lanjut.

“Pusat Kawalan Bomba (PKB) Alor Rela ditutup dan operasi tamat sepenuhnya jam 8 pagi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sebelum itu anggota bomba melakukan operasi pencarian di permukaan sungai serta pemantauan dijalankan di sekitar lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 6.28 petang.

Bagaimanapun katanya, pihaknya terpaksa menangguhkan operasi pencarian atas faktor keselamatan berikutan keadaan arus sungai yang deras dan hujan lebat pada pukul 9 malam tadi dan menyambung operasi pada hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here