Dadah: Anak Raja Dangdut Indonesia ‘disumbat’ dalam penjara

0
292

ANAK kepada penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Rhoma Irama iaitu Ridho Rhoma dijatuhi hukuman penjara 2 tahun atas kesalahan berkaitan kes dadah di sebuah penjara di Lapas Cipinang, Jakarta Timur semalam.

Mahkamah sebelum ini mendapati dia bersalah namun belum lagi menjalani hukuman memandangkan kes Covid-19 yang masih tinggi ketika itu.

“Kami sudah menempatkan Ridho Rhoma ke penjara kelas 1 Cipinang pukul 4 petang. Semua protokol kesihatan sudah kami lakukan termasuklah swab antigen.

“Dia akan menjalani kuarantin selama 14 hari terlebih dahulu,” kata Rika Aprianti selaku pegawai undang-undang yang bertindak dalam kes berkenaan.

Terdahulu Ridho ditangkap di sebuah apartmen di kawasan Jakarta Selatan Februari lalu. Polis menemukan tiga butir pil ekstasi yang disimpan dalam bungkusan rokok yang disahkan untuk kegunaan penyanyi berkenaan.

Menurut siasatan polis, dia membeli dadah berkenaan melalui kurier dan akan menggunakan dadah tersebut untuk menyertai sebuah persembahan yang di jadualkan di Bali.

Ketika tangkapan dibuat, bapanya begitu kecewa dengan apa yang berlaku memandangkan ini bukan kes dadah pertama yang melibatkan Ridho.

“Memang saya terkejut kenapa boleh jadi lagi hal begitu. Dia sempat menelefon dan menangis meminta maaf,” ungkap Raja Dangdut Indonesia melalui Instagram miliknya ketika itu.

Ini bukanlah kes dadah pertama melibatkan Ridho sebaliknya pada 2017, dia pernah ditangkap menggunakan dadah dan dihukum menjalani rawatan pemulihan selama 10 bulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here