Hadapi SPM, Pu Riz sumbang projektor untuk sekolah

0
260

Oleh Syed Ahmad Syed Mahdi

Suami kepada Neelofa, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail menyumbangkan projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur hari ini.

Sumbangan yang dibuat bersama Lumos Malaysia itu dibuat untuk kegunaan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan bagi menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

“Alhamdulilah usaha ini dapat direalisasikan sekarang. Sebenarnya sudah lama kami nak berikan projektor ini kepada pihak sekolah tetapi sebab belum dibuka, semuanya tergendala seketika.

“Ini merupakan waktu sesuai dan semoga dengan adanya projektor ini dapat membantu proses pembelajaran terutama untuk mereka yang akan menghadapi peperiksaan,” kata pendakwah yang berusia 26 tahun ini.

Dia yang juga merupakan guru sementara sekolah berkenaan bersyukur dapat menyumbangkan bakti kepada sekolah berkenaan.

“Selain mengajar di sekolah ini, saya bertanggungjawab untuk membatu dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada. Jadi apabila dapat merealisasikan perkara berkenaan, saya lega.

“Semoga sumbangan kecik ini dapat memberikan manfaat kepada semua,” katanya yang bercadang untuk membuat sumbangan serupa untuk pelajar tingkatan 1 dan 2 minggu hadapan.

Untuk rekod, Haris dan isterinya Neelofa banyak melakukan kerja amal dan membantu pelbagai pihak sejak dahulu melalui Pertubuhan Kasih Neelofa. Mereka juga mengasaskan Markaz Tijari, sebuah platform yang menghimpunkan produk diniagakan. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here