Cristiano Ronaldo bakal dapat anak kembar sekali lagi

0
237

BINTANG Manchester United, Cristiano Ronaldo mengumumkan di Instagram semalam bahawa pasangannya, Georgina Rodriguez mengandungkan anak kembar.

“Gembira untuk mengumumkan bahawa kami menantikan anak kembar. Hati kami penuh dengan rasa sayang – kami tidak sabar menanti awak,” kata bintang Manchester United dan Portugal berusia 37 tahun itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Hantaran tersebut turut dimuat naik dengan gambar pasangan berkenaan berbaring di katil dengan Ronaldo memegang dua gambar ujian ultrasound.

Untuk pengetahuan umum, anak lelaki sulungnya, Cristiano Junior telah dilahirkan pada Jun 2010 menerusi ibu tumpang.

Tujuh tahun kemudian, pada Jun 2017, Ronaldo  telah menjadi ayah kepada pasangan kembar Eva dan Mateo dengan cara yang sama. 

Selain itu, Alana Martina yang dilahirkan pada November 2017 adalah anak pertamanya bersama Rodriguez. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here