[VIDEO] Perlu atau tidak tambah hari mengundi di PRN Sarawak

0
300

JIKA dinilai situasi semasa, jumlah peratusan keluar mengundi dijangka menurun sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak diadakan dalam masa terdekat. 

Namun, jangkaan itu boleh berubah kerana ia bergantung kepada peranan pihak berkuasa, parti-parti dan pemain-pemain politik memberi keyakinan kepada pengundi supaya menunaikan tanggungjawab mereka.

Penganalisis politik merangkap Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Ammar Redza Ahmad Rizal, menegaskan peratusan keluar mengundi mungkin tidak jauh beza dengan PRN sebelum ini.

Berikutan itu, katanya antara yang boleh dilakukan bagi memastikan peratusan keluar mengundi meningkat adalah memanjangkan hari pengundian. 

“Pertamanya adalah perlukan satu perincian SOP yang jelas sebab Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa di bawah Akta Pilihan Raya untuk menentukan bagaimana laluan pilihan raya dilakukan.

“Kita boleh tambah jumlah pusat daerah mengundi supaya saluran-saluran mengundi ditingkatkan dan ini memberi ruang SOP seperti penjarakkan sosial boleh dilakukan. 

“Selain itu ia juga boleh memanjangkan tempoh pilihan raya dari satu hari kepada dua atau tiga hari. Apabila ini berlaku, ia memberi ruang kepada masyarakat untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dan pada masa yang sama ia tidak lagi mendatangkan kegusaran,” katanya memetik laporan Astro AWANI. 

Ketika ini desas-desus berkenaan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hangat diperkatakan terutama 

dengan kunjungan beberapa menteri persekutuan termasuk lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Ogos lalu, Al-Sultan Abdullah mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh Sarawak sehingga 2 Februari 2022 sekali gus menggantung PRN12 daripada diadakan dalam tempoh berkenaan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here