JKNS siasat dakwaan jururawat meninggal dunia selepas divaksin

0
472

JABATAN Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan seorang ketua jururawat meninggal dunia selepas menerima suntikan vaksin seperti yang tular di media sosial.

Pengarahnya, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan sebelum kenyataan rasmi mengenainya dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan itu, terutama dakwaan dipaksa menerima vaksin. Ini kerana kebiasaannya, bagi kes-kes pesakit yang berisiko tinggi, mereka hanya akan diberikan suntikan di fasiliti kesihatan, tidak dibenarkan disuntik di fasiliti luar.

“Saya akan semak dan akan beri laporan terperinci sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak kementerian” katanya menurut laporan BH. 

Terdahulu, tular di media sosal seorang wanita mendakwa kakaknya yang juga ketua jururawat sebuah klinik kerajaan di Selangor meninggal dunia selepas didakwa dipaksa menerima vaksinasi.

Menerusi video yang tular itu, wanita berkenaan mendakwa kakaknya yang menghidap penyakit kanser payu dara tahap dua dan diabetes, meninggal dunia selepas mengambil vaksin Pfizer pada 23 Julai lalu kerana perlu memulakan tugas. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here