Elly Mazlein selamat melahirkan bayi lelaki

0
559

PELAKON, Elly Mazlein mengumumkan yang dia selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota, awal pagi ini.

Khabar gembira tersebut dikongsikan pengacara popular berkenaan menerusi Instagram peribadi miliknya.

“Alhamdulillah, Kak Pom selamat bersalin pada 23 Oktober 2021 jam 12.23 pagi tadi. Terima kasih atas segala doa,” tulisnya yang sering membahasakan dirinya sebagai Kak Pom.

Dalam masa yang sama, dia juga sempat menitipkan ucapan terima kasih buat bapa, suami dan satu-satunya anak perempuan yang yang sentiasa menjaganya dari proses awal kehamilan sehinggalah kelahiran.

Tidak merahsiakan nama anaknya, Elly dan suaminya Mohamad Azlan Che Nuh memilih Haider Mateen sebagai pilihan.

“Dengan ini kak Lina nak memperkenalkan anak kedua, Kak Lina, Haider Mateen Mohamad Azlan.

“Asalamualaikum Haider, selamat datang ke dunia si pembawa keceriaan kami,” tulisnya lagi.

Elly dan Azlan bernikah pada tahun 2020 selepas setahun berkenalan. Melalui perkahwinan terdahulu dia dikurniakan, Putri Sara Sehfia Azmi, 5 tahun. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here