Lelaki maut terkena bata dilempar monyet dari tingkat dua

0
413

SEORANG lelaki berusia 30 tahun maut setelah kepalanya terkena bata yang dilempar oleh seekor monyet dari tingkat dua sebuah bangunan dalam satu kejadian di Nabi Karim, Delhi Tengah, India.

Menurut laporan The Indian Express, lelaki malang yang dikenali sebagai Mohammad Kurbaan mengalami kecederaan parah dan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

Pihak polis tempatan mendapati, bata berkenaan dilempar dari sebuah rumah milik seorang lelaki, Omprakash Mishra di bangunan itu.

Omprakash memaklumkan pihak berkuasa dia meletakkan dua batu bata di atas tangki air rumahnya bagi mengelakkan monyet-monyet di kawasan itu membukanya.

Menurut pihak polis, sekumpulan monyet mengalih kedua-dua batu bata daripada atas tangki berkenaan dan melempar salah satu daripadanya ke bawah bangunan dan terkena kepala Kurbaan.

DIfahamkan, Kurbaan menjual beg di sebuah kedai berhampiran dan kejadian itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan untuk membeli bahan-bahan membuat beg. – SB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here