Vokalis Floor 88 selamat bernikah

0
519

DENGAN hanya sekali lafaz, vokali kumpulan Floor 88 iaitu Ayie selamat bernikah dengan pasangannya, Tasha Awie pada pukul 10.20 pagi tadi.

Dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, pasangan ini mengadakan majlis tertutup di Masjid Ukay Perdana, Ampang, Selangor dan dihadiri oleh saudara mara dan kenalan terdekat sahaja.

Dalam majlis berkenaan, Ayie menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,000, gelang dan cincin emas tanpa sebarang wang hantaran.

“Alhamdulillah semuanya telah selamat dan macam tak percaya kami sudah disatukan sebagai suami isteri hari ini. Syukur semuanya berjalan lancar walaupun kita masih berhadapan dengan Covid19,” katanya ringkas.

Terdahulu pasangan ini bertunang pada bulan Januari yang turut dihadiri keluarga terdekat sahaja. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here