Elfira Loy hamil anak kedua, rakan artis ucap tahniah

0
237

BERKONGSI berita gembira, Elfira Loy mengumumkan yang dia kini sedang hamil anak kedua. 

Pengumuman yang dibuat melalui Instagram miliknya itu mendapat reaksi positif daripada rakan-rakan artis dan peminat yang gembira dengan perkhabaran tersebut.

“Buat ahli keluarga dan rakan-rakan yang disayangi, bolehkah anda membaca berita baik ini?” tulisnya dalam satu hantaran yang memaparkan dia sedang memegang belon dengan tulisan “baby 2 is coming”.

Dalam pada itu beberapa rakan artis turut menitipkan kata-kata semangat buat ibu kepada seorang cahaya mata itu. 

Antara yang memberikan respons termasuklah Janna Nick, Datuk Ziela Jalil dan Fara Fauzana yang mengucapkan tahniah kepadanya.

“Awww congratulations sayang,” tulis Fazura.

Tidak hanya menerima reaksi daripada rakan artis, kebanyakan peminat juga teruja dan mendoakan agar kandungannya selamat sehingga hari kelahiran nanti.

“Dah dapat agak dah sebab saiz baju semakin besar daripada biasa termasuk muka,” tulis peminat dengan nama Hanim Shaiful.

“Tahniah El, semoga dipermudahkan sehingga hari bersalin nanti,” titip Amiera Syafikah pula.

Untuk rekod, Elfira bernikah dengan Faris Khairol Anwar, 27 tahun pada 1 Januari 2019. Pasangan ini dikurniakan Muhammad Rayyan Khalaf, 2. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here