[VIDEO] Sepatutnya tunggang di taman, laluan basikal

0
655

SEJAK kebelakangan ini, aktiviti berbasikal di jalan raya telah menjadi satu trend baharu rakyat Malaysia namun sering menimbulkan pelbagai isu dan mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Baru-baru ini juga tular video berdurasi 45 saat yang menunjukkan perakam meluahkan rasa bengang sambil menunjukkan video penunggang basikal yang membawa anaknya di belakang diiringi dengan beberapa penunggang lain.

Bagaimanapun, Setiausaha Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur, Firdaus Arshad tampil mengulas tentang video tersebut.

“Sebenarnya aktiviti mereka berbasikal sambil bawa anak di jalan raya memang tidak sesuai tetapi ianya sesuai sekiranya mereka menunggang di kawasan taman atau laluan berbasikal.”

“Kesedaran tentang keselamatan itu penting bagi mengelakkan isu-isu ini terjadi.” katanya ketika dihubungi SatuBerita.

Firdaus juga meluahkan rasa kecewa apabila pelbagai isu berkaitan dengan penunggang basikal mula bangkit sejak pembukaan sektor yang dibenarkan oleh kerajaan.

“Bila isu sebegini tular, implikasinya adalah kepada persatuan berbasikal dan aktivis berbasikal” 

“Isu sebegini juga membantutkan penganjuran sukan kerana risau boleh menimbulkan lebih masalah.” katanya.

Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Itulah pepatah yang boleh digambarkan mengenai isu segelintir penunggang basikal yang merosakkan identiti aktivis berbasikal.

Selain itu, Firdaus juga menyatakan bahawa aktiviti berbasikal sambil membawa anak boleh dilakukan di jalan raya tetapi hanyalah dibenarkan sekiranya ada acara yang dianjurkan.

Mengulas lanjut, Firdaus mengingatkan kepada penunggang tersebut dan orang ramai supaya melengkapkan alat keselamatan berbasikal terutamanya alat untuk membawa anak dan ikut laluan basikal yang telah disediakan.

Firdaus juga sempat mengingatkan kepada penunggang basikal di luar sana yang masih baru dalam bidang berbasikal supaya berbasikal dalam kumpulan kerana banyak info yang boleh dipelajari dari kumpulan-kumpulan basikal. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here