Lelaki maut tersepit selepas kereta terbabas

0
315

SEORANG lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Honda Civic terbabas dan terlibat dalam kemalangan di Jalan Kampung Melayu Subang, Shah Alam awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pada pukul 4 pagi itu juga mengakibatkan rakannya cedera.

Ketika kejadian mangsa, Muhammad Daniel Aifiq dan rakannya dalam perjalanan menghala ke arah Bukit Jelutong sebelum dipercayai terbabas.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan pukul 4.16 pagi sebelum anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik tiba di lokasi kejadian tujuh minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Honda Civic dipandu seorang lelaki berumur 22 tahun bersama-sama seorang penumpang.

“Pemandu kereta didapati tersepit di bahagian pemandu manakala penumpang hanya mengalami kecederaan dihantar ke hospital sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Pihaknya kemudiannya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan alat rescue tool.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here