13 maut bas terjunam ke sungai

0
373
13 maut selepas bas yang dinaiki terjunam dalam sungai di Pingshan County, wilayah Hebei, China, semalam

SERAMAI 13 penumpang terbunuh manakala seorang lagi masih hilang selepas bas dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pingshan County, wilayah Hebei, China, pada jam 7 pagi semalam.

Menurut laporan CGTN, semasa kejadian, bas milik syarikat keluli Jingye Group itu dilapor membawa 51 penumpang.

Seramai 37 penumpang bas terselamat dalam nahas berkenaan dan tujuh daripada dirawat di hospital

Mangsa maut terdiri daripada 50 penumpang yang berjaya dikeluarkan pada jam 7 malam, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan.

Sejumlah 37 mangsa lagi masih hidup dengan tujuh daripadanya dirawat di hospital.

Pemandu bas ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan.