Sejumlah 21.44 juta telah lengkap vaksin

0
297

HANYA tinggal Kelantan dan Sabah yang belum mencapai kadar vaksinasi 80 peratus.

Walaupun kesemua negeri lain di dalam negara telah mencapai kadar pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencecah 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksinasi Ahad lalu, namun usaha memastikan lebih ramai divaksinasi tidak terhenti.

Setakat semalam, peratusan dewasa lengkap vaksinasi telah pun meningkat kepada 90.4 peratus.

Lebih membanggakan, melalui pic yang dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Februari lepas telah berjaya memastikan hampir semua negeri telah pun mencapai peratusan melebihi 80 peratus dewasa lengkap vaksin.

Kedua-dua negeri itu masih berada di bawah 75 peratus dengan sebanyak 74 peratus dewasa lengkap vaksin di Kelantan manakala 65.6 peratus di Sabah.

Sejak dilancarkan, sebanyak 45.835 juta dos vaksin Covid-19 telah pun diberikan ke seluruh negara termasuk bagi vaksin dos tunggal, CanSino menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Usaha itu juga telah menyaksikan 21.437 juta individu seluruh negara telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing yang mana iamerangkumi 65.6 peratus populasi keseluruhan telah pun lengkap proses vaksinasi masing-masing.

Populasi yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos pula telah mencecah 24.510 juta individu atau 75.1 peratus keseluruhan penduduk.

Dalam aspek pemberian harian, jumlah dos bagaimanapun kekal menurun sehingga di bawah paras 200,000 semalam.

Sebanyak 184,486 dos telah pun diberikan merangkumi 52,302 untuk dos pertama manakala 132,184 bagi suntikan kedua vaksin Covid-19.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) memaklumkan, kadar populasi dewasa yang telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos telah pun mencapai 94.8 peratus.

Bagi pemberian dua dos vaksin mengikut negeri, data JKJAV menunjukkan Lembah Klang terus mencatatkan pemberian tertinggi melibatkan 6.930 juta atau 82.3 peratus populasi.

Ini diikuti liputan 2.412 juta (63.8 peratus populasi) di Johor; 1.914 juta (68.0 peratus populasi) di Sarawak; 1.919 juta (49.1 peratus populasi) di Sabah; dan sebanyak 1.509 juta (60.1 peratus populasi) di Perak.

Menurut JKJAV, Kedah menjadi penerima keenam tertinggi iaitu sebanyak 1.249 juta individu melengkapkan dua dos diikuti Pulau Pinang (1.240 juta) dan 957,918 di Pahang.

Seterusnya, Kelantan berjumlah 926,585; Negeri Sembilan telah mencatatkan 808,156 lengkap dos kedua dan 716,052 di Terengganu manakala Melaka sebanyak 609,735 telah lengkap dua dos vaksin diikuti 171,814 di Perlis dan 70,252 di Labuan.

Data JKJAV juga menunjukkan kawasan Lembah Klang menjadi penerima tertinggi bagi pemberian satu dos vaksin iaitu sebanyak 7.574 juta.

Selain Lembah Klang negeri penerima dos pertama tertinggi, Johor menjadi negeri tertinggi seterusnya iaitu seramai 2.848 juta individu.

Ia diikuti Sabah (2.275 juta); Sarawak (2.103 juta); Perak (1.774 juta) dan Kedah (1.472 juta). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here