Surat kepada Istana Negara perlu ditarik balik dan tidak mewakili saya – bekas ADUN DAP Melaka

0
327

“Saya mahu surat tersebut ditarik balik kerana ia tidak mewakili saya”, demikian tegas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong mengulas surat kepada Istana Negara yang dihantar Pakatan Harapan (PH) Melaka.

Chee Leong berkata, Pengerusi PH Melaka Adly Zahari tidak berunding dengan dirinya dan wakil rakyat yang lain sebelum mengutuskan surat itu.

“Saya tidak tahu apa-apa (kandungan) surat itu.

“Ini tidak boleh diterima dan saya mahu surat itu ditarik balik kerana ia tidak mewakili saya.

“Kamu harus menghormati saya dan beritahu saya tentang kandungannya terlebih dahulu,” ,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Surat kepada Istana Negara merujuk surat diutus Adly yang dikatakan mewakili 15 bekas ADUN PH dan pembangkang Melaka kepada Istana Negara memohon agar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dibatalkan.

Surat itu ditandatangani oleh Adly, dan empat bekas ADUN kerajaan negeri yang berpaling tadah – Datuk Seri Idris Haron (Sg Udang), Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas)

Chee Leong berkata, surat itu tidak mewakli pandangannya dan harus ditarik balik.

Beliau telah bertanya Adly berhubung surat berkenaan, dan diberitahu bahawa pimpinan pusat PH telah meluluskannya.

Surat itu didedahkan kepada media oleh Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Md Akin setelah Norhizam dan Noor Effandi bertemu dengannya di pejabat Anwar Ibrahim.

Kerajaan negeri Melaka tumbang setelah Idris, Norhizam, Noor Effandi, dan Nor Azmin menarik sokongan mereka.

Mereka telah merancang untuk bekerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Namun, DUN dibubarkan sebaliknya, yang membuka jalan untuk pilihan raya diadakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here