Anwar ucap tahniah kepada kami empat orang wira – Norhizam

0
279

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee mendedahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua ADUN yang menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Norhizam yang juga salah seorang daripada empat ADUN yang menjadi punca tercetusnya krisis di Melaka berkata pertemuan dengan Presiden PKR hanya sekadar pertemuan biasa kerana berbangga dengan tindakan mereka yang berani melawan.

“Hanya perbincangan biasa sahaja, beliau (Anwar) mengucapkan tahniah kepada kami empat wira yang tidak menyokong kepimpinan Datuk Seri Sulaiman,” katanya semasa sidang media di pejabat Anwar malam ini.

Gambar tular yang menimbulkan pelbagai spekulasi sebelum ini.

Terdahulu, tular sekeping gambar dalam media sosial melibatkan empat orang ADUN yang menjadi punca krisis politik di Melaka mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here