[VIDEO] Lelaki kantoi curi rakam video di tandas lelaki

0
428

ENTAH apa yang berlegar di fikiran seorang lelaki dipercayai di sebuah stesen minyak berhampiran Shah Alam, sehingga sanggup mencuri rakam video di tandas lelaki!

Lebih memalukan, perilaku songsangnya itu berjaya dihidu oleh orang ramai yang mencekupnya ketika melakukan kegiatan tidak masuk akal itu.

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh @botakk.haa di TikTok, memaparkan seorang pemuda yang dicekup selepas kantoi merakam orang yang berada di dalam tandas lelaki.

Lelaki berkenaan kelihatan berada dalam ketakutan dan pada mulanya enggan memberi telefonnya kepada orang awam yang berada di situ. 

Namun, setelah dimarahi oleh beberapa individu, pemuda berkenaan akhirnya menyerahkan telefonnya.

Dia bagaimanapun sempat memadam kesemua video tersebut sebelum dijumpai semula di dalam satu fail tersembunyi.

Lelaki yang membuat perbuatan jijik itu juga dimaklumkan sudah dibawa ke balai polis berhampiran bagi membuat keterangan berhubung perkara tersebut. 

Sehubungan dengan itu, ruangan komen turut dibanjiri dengan kecaman terhadap tindakan lelaki itu yang dianggap tidak senonoh. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here