Lelaki maut jatuh bangunan saksi utama kes berprofil tinggi SPRM

0
326

SEORANG lelaki yang ditemui mati selepas dikatakan terjatuh dari sebuah kondominium di Jalan Kelawei, Georgetown, Pulau Pinang pagi tadi, adalah saksi utama bagi satu kes berprofil tinggi di Pulau Pinang yang pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber SPRM ketika mengesahkan perkara itu berkata, individu terbabit adalah salah seorang ahli perniagaan yang disiasat berhubung kes berkenaan.

“Si mati adalah saksi pendakwaan bagi kes yang dikaitkan dengan seorang ahli politik,” katanya memetik laporan Berita Harian.

BH difahamkan bahawa kes itu dipercayai berkait projek mega di Pulau Pinang, yang masih dalam proses perbicaraan di mahkamah.

Media hari ini melaporkan seorang lelaki yang juga pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang, ditemui mati selepas dikatakan terjatuh dari sebuah kondominium, pagi tadi, dengan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, mengesahkan kejadian. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here