8,817 kes baharu positif Covid-19

0
337

KES baharu Covid-19 dalam negara meningkat sedikit dengan 8,817 kes direkodkan setakat tengah hari ini, berbanding 8,075 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian di laman sosialnya berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan kumulatif kes kini 2,294,457.

Sarawak kekal sebagai negeri tertinggi dengan sebanyak 1,361 kes diikuti Selangor (1,348), Kelantan (1,063), Johor (886), Sabah (805), Pahang (696), Pulau Pinang (595) dan Kedah (576).

“Perak pula mencatatkan 473 kes diikuti Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47), Putrajaya (23) dan tiga kes di Labuan,” katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata penggunaan katil COVID-19 setakat 5 petang semalam ialah 56 peratus bagi katil unit rawatan rapi (ICU) dan 51 peratus katil bukan ICU. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here