Terselamat ketika pandemik influenza 1918, Perang Dunia Kedua, warga emas 105 tahun jadi korban COVID-19

0
280

SEORANG warga emas yang dilahirkan ketika pandemik influenza 1918 yang melanda seluruh dunia, menjadi korban pandemik COVID-19 lebih seabad kemudian.

Primetta Giacopini yang berusia 105 tahun, terselamat daripada pandemik Influenza H1N1 yang bermula pada tahun 1918 serta Perang Dunia Kedua yang bermula pada tahun 1939 sehingga 1945.

“Saya fikir ibu saya akan hidup lebih lama jika dia tidak dijangkiti COVID-19,” kata anak perempuannya, Dorene, 61, seperti dilaporkan portal Metro UK.

Ketika Primetta berumur dua tahun, ibunya, Pasquina Fei meninggal dunia akibat pandemik influenza itu pada usia 25 tahun.

Pandemik berkenaan mengorbankan kira-kira 675,000 rakyat Amerika, yang mana pandemik COVID-19 telah melepasi angka itu.

Ketika Dorene melawat ibunya buat kali terakhir, dia menyedari Primetta mengalami simptom batuk-batuk sebelum mendapati ibunya berjangkit virus COVID-19 daripada penjaganya.

Primetta kemudian di bawa ke Unit Kecemasan dan didapati mengalami pneumonia akibat jangkitan berkenaan.

Ketika diberi cadangan oleh pihak hospital untuk memberikan bantuan ventilator kepada ibunya, dia diberitahu bahawa orang yang berumur melebihi 80 tahun tidak mampu bertahan dengan alat bantuan pernafasan itu.

Sehubungan itu, Dorene terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan bantuan oksigen diberikan kepada ibunya.

Primetta bertarung selama seminggu sebelum menghembuskan nafas terakhir ada 16 September lalu.—SB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here