Kabel rosak punca bekalan elektrik di jambatan Pulau Pinang terputus

Bekalan pulih sepenuhnya 3.19 pagi tadi

0
281

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini memaklumkan kerosakan kabel di KM138 Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di jambatan dan plaza tol, Jumaat lepas.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid berkata, kabel itu bagaimanapun berjaya dibaiki dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada 3.19 pagi tadi.

“Keselamatan pelanggan adalah keutamaan nombor satu kami (PLUS) dan kami akan melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselesaan di sepanjang perjalanan anda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata untuk maklumat terkini mengenai keadaan trafik, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mengikuti Twitter PLUS Trafik atau melalui aplikasi PLUS.

Semalam, PLUS memaklumkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak Jumaat dan kerja-kerja membaik pulih sedang dilakukan bagi memulihkan situasi secepat mungkin.

Gangguan yang berlaku pada 8.23 malam itu turut menjejaskan kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan jambatan itu dan PLUS memohon maaf atas kesulitan tersebut – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here