Zolkples Embong meninggal dunia

0
566

BEKAS Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong dilaporkan meninggal dunia, pagi tadi.

Setakat ini, punca kematian masih belum diketahui.

Untuk rekod, Allahyarham pernah mengemudi MSN selama tujuh tahun dari April 2007 hingga Disember 2014.

Sementara itu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menzahirkan rasa dukacita dengan kehilangan Allahyarham yang disifatkan sebagai tokoh sukan tanah air .

Dalam hantarannya di Facebook, Shabery yang memegang jawatan berkenaan dari tahun 2009 hingga 2013 berkata, beliau kehilangan seorang rakan dan guru yang banyak mengajarnya mengenai dunia sukan.

“Mendapat berita dukacita. DS (Datuk Seri) Zolkples Embong bekas KP (Ketua Pengarah) Majlis Sukan Negara sudah tiada lagi.

“Saya kehilangan seorang kawan dan seorang guru yang banyak mengajar saya tentang dunia sukan. Banyak jasanya kepada pembangunan sukan negara termasuk pembangunan sukan berbasikal yang melahirkan ramai jaguh dunia. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here