Arab Saudi wajibkan penumpang pengangkutan awam, pesawat lengkap vaksin

0
316

KERAJAAN Arab Saudi mengumumkan peraturan baru mewajibkan sesiapa sahaja yang mahu menaiki pesawat atau pengangkutan awam di negara itu perlu lengkap divaksin.

Peraturan yang akan berkuat kuasa pada 10 Oktober ini, juga akan dilanjutkan kepada semua program kebudayaan, saintifik, sosial, ekonomi mahupun kegiatan sukan dan pelancongan di Arab Saudi, lapor Arab News.

Larangan memasuki pejabat kerajaan dan persendirian juga dikenakan kepada mereka yang belum melengkapkan dua dos vaksin.

Hanya mereka yang dikecualikan daripada mendapatkan vaksin COVID-19 atas sebab-sebab kesihatan, tidak perlu mematuhi peraturan terbabit.

Syarat umrah dan masuk ke masjid di Arab Saudi juga perlu wajib divaksin dulu.

Kes COVID-19 di Arab Saudi terus menunjukkan trend merosot, dengan 45 kes baru dan tiga kematian akibat koronavirus dilaporkan pada Jumaat lalu. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here