9 selamat, seorang masih hilang

0
454

SEMBILAN daripada 10 pemancing yang dilaporkan hilang selepas bot mereka karam berdekatan Pulau Satang di Kuching, Sarawak semalam, ditemui selamat, awal pagi tadi. .

Jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berkata, operasi kini diteruskan untuk mengesan seorang lagi yang masih hilang.

“Kira-kira 5 pagi tadi, sembilan mangsa dijumpai selamat dan mereka sudah balik ke kediaman masing-masing,” katanya.

Pengarah APMM Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus, dijangka akan mengadakan sidang media, tengah hari ini, bagi memberi maklumat lanjut berhubung kejadian itu.

Dalam kejadian pagi semalam, lapan pemancing dan dua kru bot dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki dilaporkan karam di perairan Pulau Satang. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here