Dakwaan Syed Saddiq semberono, tidak bertanggungjawab

0
380

DAKWAAN Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bahawa pencen ahli Parlimen boleh mencecah sehingga RM100,000 sebulan bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi bersikap semberono.

Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Noor Azleen Ambros berkata, ahli Parlimen Muar itu hanya ingin membangkitkan sentimen kebencian dalam kalangan rakyat dengan membangkitkan sesuatu isu tanpa berlandaskan asas dan fakta sebenar.

Bagaimanapun tambah Noor Azleen, tindakan itu tidak menghairankan kerana itulah sifat sebenar yang dimiliki oleh wakil rakyat tersebut yang konsisten menunggang sentimen rakyat bagi meraih simpati dan sokongan.

“Jadi, nasihat saya kepada wakil rakyat berkenaan, jadilah individu yang lebih bertanggungjawab serta jujur dan ikhlas dalam memperjuangkan isu yang berkait dengan kepentingan rakyat.

“Kerana saya yakin, andai beliau konsisten bersikap jujur dan ikhlas, tidak mungkin dana parti yang diamanahkan kepada beliau selaku pemegang jawatan akan masuk ke akaun ASB peribadi beliau sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Pada Rabu, semasa mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) Syed Saddiq mendakwa pencen yang diperolehi oleh seorang ahli Parlimen mampu mencecah lebih RM100,000 sebulan.

Noor Azleen berkata, sebagai bekas menteri dan bekas anggota pentadbiran, Syed Saddiq harus lebih bertanggungjawab dengan terlebih dahulu merujuk kira-kira kasar beliau mengenai pencen seseorang Ahli Parlimen kepada Akta 237 Undang-undang Malaysia iaitu Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 Pindaan 2015.

Akta 237 dengan jelas menjadi rujukan dan garis panduan tentang hak-hak saraan dan kelayakan pencen seorang Ahli Parlimen, termasuk anggota pentadbiran seperti Perdana Menteri dan Menteri-Menteri.

Akta tersebut juga jelas memberi panduan mengenai kiraan tentang pencen seorang Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran dengan mengambil kira kadar, amaun gaji terakhir, tempoh perkhidmatan dan tempoh minimum perkhidmatan bagi melayakkan seseorang Ahli Parlimen itu layak menerima saraan pencen.

Seksyen 11 Akta tersebut juga menyentuh mengenai asas yang diguna pakai bagi mengelakkan pergandaan gaji.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here