Polis cari pemandu lawan arus

0
275

POLIS Sabak Bernam mencari seorang lelaki yang disyaki melarikan diri selepas memandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) secara melawan arus di Kilometer 72 Jalan Klang-Teluk Intan, dekat Sekinchan, 17 September lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata suspek berusia 26 tahun itu diperlukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan dadah dan polis meminta kerjasama orang ramai mengenai lelaki berkenaan.

“Suspek yang beralamat di Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, amat dikehendaki bagi membantu siasatan kes.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam, Inspektor L Ramesh, melalui talian 016-4935596 atau ‘hotline’ IPD Sabak Bernam 03-32245963,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, MPV terbabit dilaporkan dipandu secara lawan arus sejauh kira-kira dua kilometer (km) dalam usaha pemandu dan penumpangnya untuk melarikan diri daripada ditahan polis.

Pemandu terbabit dapat melarikan diri, manakala penumpang berusia 27 tahun berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan menemui 19 peket dadah disyaki jenis syabu seberat 15.5 gram di dalam beg sandangnya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here