[VIDEO] Kenali Jenayah Siber dengan lebih terperinci – DSP Nur Asrul Ariff

0
326

SUDAH menjadi kebiasaan apabila masyarakat gemar memaparkan kehidupan peribadi mereka kepada umum menggunakan aplikasi media sosial menerusi teknologi dan gajet yang sedia ada.

Namun, ramai yang tidak sedar akan risiko di sebalik perkongsian peribadi melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain.

Risiko yang dimaksudkan adalah ancaman siber yang kian meningkat bukan sahaja menyebabkan akaun media sosial digodam, malah data peribadi akan dicuri.

Menerusi satu temu bual bersama DSP Nur Asrul Ariff, beliau menyatakan ada beberapa jenis jenayah siber yang perlu diketahui orang ramai iaitu Jenayah Telekomunikasi, 419 scam, Pinjaman Tak Wujud,  dan E-Kewangan.

“Jenayah telekomunikasi atau dikenali sebagai Tipu Panggilan, Macau Scam,Spoofing atau Impersonation Fraud,”

“Ianya merupakan suatu jenayah yang melibatkan penggunaan peralatan perhubungan/ telekomunikasi,

“Mangsa yang diperdayakan akan memindahkan wang kepada pihak ketiga atau memberikan penjenayah akses kepada akaun perbankan milik mangsa” katanya kepada SatuBerita.

Beliau turut berkata, ‘scammer’ akan menyamar sebagai pihak polis, mahkamah, bank dan sebagainya demi menipu mangsanya.

Selain itu, terdapat juga Love Scam atau dIkenali sebagai 419 Scam yang dikatakan modus operandi dengan berkenalan melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Mensasarkan golongan yang dibelenggu kesunyian seperti golongan bujang lanjut usia, janda dan duda, suspek akan menggunakan kata-kata manis untuk memikat bakal mangsa sehingga wujud perasaan percaya kepada suspek.

Bila tiba masanya, suspek akan memperdaya mangsa dengan menjanjikan satu barangan bungkusan contohnya barang kemas dari luar negara namun menghadapi masalah untuk membawa masuk barangan itu dengan berhelah ia tersangkut di pihak kastam dan meminta mangsanya untuk memindahkan wang demi membawa masuk barangan itu.

Mengulas lanjut, Asrul juga berkongsi informasi tentang pinjaman tidak wujud yang terkenal di kalangan jenayah siber. 

“Pinjaman tidak wujud menawarkan pinjaman kepada mangsa di mana kemudahan pinjaman tersebut sebenarnya tidak wujud dan mengenakan bayaran terhadap proses mendapatkan kelulusan pinjaman tersebut.” katanya.

Pinjaman tidak wujud ini juga beroperasi melalui media sosial dan juga aplikasi komunikasi yang menawar pinjaman kepada mangsa yang berminat.

Selain itu, beliau juga turut menegaskan tentang E-Kewangan di mana ianya satu penipuan khusus melibatkan aplikasi perbankan.

“Penjenayah akan mendapat akses kepada perbankan internet mangsa dan akan menggunakan pelbagai teknik bagi mendapatkan nombor telefon mangsa’

“Kemudian, penjenayah akan membuat pemindahan wang dari akaun mangsa ke akaun pihak ketiga dan 

menghantar pesanan ringkas atau panggilan telefon kepada mangsa memaklumkan sistem bank tersilap hantar sms kod TAC kepada mangsa,

“Ini merupakan kegiatan yang biasa dilakukan oleh penjenayah untuk menipu mangsanya” ujarnya. -SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here