[VIDEO] APMM berjaya tangkap buaya besar yang tular berkeliaran di Papar

0
244

BUAYA besar yang tular di media sosial sebelum ini selepas berkeliaran di Kampung Nagapas, Papar di Sabah pada Rabu lalu akhirnya berjaya ditangkap malam tadi.

Haiwan yang dianggarkan seberat 700 kilogram itu berjaya ditangkap kira-kira jam 9 malam oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysiah (APM) dengan dibantu penduduk kampung.

APM Sabah menerusi kenyataannya hari ini memberitahu, buaya sepanjang 4.87 meter itu ditemukan orang awam pada pukul 7.30 malam yang kemudian menghubungi Pusat Kawalan 999 APM Sabah untuk tindakan lanjut.

BUAYA dianggarkan seberat 700 kilogram yang sebelum ini tular berkeliaran Kampung Nagapas, Papar yang berjaya ditangkap APM dan penduduk kampung.

“Pengadu mengatakan buaya tersebut tular di media sosial beberapa hari lalu. Berikutan itu, APM Papar terus bergerak ke lokasi untuk menangkap buaya tersebut dengan bantuan orang kampung.

“Pihak APM seterusnya menyerahkan buaya tersebut kepada pihak Wildlife Rescue Unit (pasukan Jabatan Hidupan Liar Sabah) setelah selesai penangkapan pada pukul 9.05 malam,” kata kenyataan itu.

Kemunculan buaya itu di tengah jalan di Kampung Nagapas seperti dapat dilihat dalam video tular berdurasi 14 saat itu dipercayai akibat hujan lebat dan banjir kilat, menimbulkan kerisauan penduduk di kawasan berhampiran. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here