[VIDEO] PDRM sahkan Sajat ditahan di Thailand

0
365

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali Nur Sajat yang ditahan di Thailand, 8 September lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata proses itu akan mengambil masa kerana membabitkan pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara selain pihak berkuasa Thailand.

“Sebab itu, saya tidak boleh beri jangka masa bila Nur Sajat akan dibawa pulang. Saya juga tidak boleh sahkan usahawan kosmetik itu akan dibawa pulang dalam masa terdekat ini.

“Permohonan ekstradisi ada prosesnya. Apabila kita membuat permohonan, pihak berkuasa Thailand juga perlu meluluskannya bagi membolehkan Nur Sajat dibawa pulang,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here