70 peratus populasi di Labuan sudah terima dos pertama

0
268

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

SEBANYAK 73.63 peratus daripada keseluruhan 103,000 penduduk Labuan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat semalam manakala 69.49 peratus lagi lengkap divaksinasi.

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 Labuan, Rithuan Ismail berkata, jumlah yang menerima vaksin semakin meningkat dalam tempoh dua bulan lalu.

Beliau berkata, bagi individu dewasa, 100.97 peratus telah selesai menerima dos kedua.

“Lebih sedikit daripada 100 peratus adalah disebabkan tambahan jumlah pekerja yang bekerja di sektor berkaitan minyak dan gas Labuan yang menerima vaksin serta mereka yang dalam skim penempatan masyarakat pelarian.

“Kami ingin mengurangkan penularan jangkitan jadi kami mahu mereka yang bekerja di pulau ini menerima suntikan,” katanya hari ini.

Beliau berkata, fasa satu program vaksinasi untuk pelajar sekolah yang dilancarkan baru-baru ini menyaksikan 2,469 daripada 2,593 pelajar layak menerima suntikan pertama.

“Bagi mencapai imuni kelompok terhadap Covid-19, kita mesti memastikan semua kanak-kanak berumur 12 tahun ke atas diberi vaksin,” ujarnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan.

Rithuan berkata, pulau bebas cukai itu bersedia melaksanakan program vaksinasi fasa dua yang melibatkan 8,225 kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun, menunggu kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM). – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here