[VIDEO] Besarnya pengorbanan Muhyiddin

0
352

APA saja yang Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak lakukan demi negara?

Pengorbanannnya mengatasi kepentingan peribadi, bahkan jauh di luar jangkaan pemerhati.

Selaku orang politik, tentunya Muhyiddin mahu kekal lama, apatah lagi ketika berada di puncak karier dengan jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan Malaysia.

Tetapi, beliau sanggup berkorban sehingga rela melepaskan jawatannya pada 16 Ogos 2021, dan kemudiaannya menyokong calon dari parti UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai penggantinya.

Tindakan Muhyiddin itulah yang sebenarnya membantu UMNO untuk kembali bernafas dalam dunia pentadbiran negara. Hakikat ini diperakui secara jelas oleh Pengerusi Kelab Penyokong-Penyokong Kerajaan (Backbenchers) baharu, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini mengakui, Muhyiddin selaku Presiden Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) sebenarnya boleh mencadangkan nama lain, tetapi mereka tetap menyokong Ismail Sabri.

Tajuddin berkata, faktor utama yang menjadi pertimbangan Muhyiddin untuk menyokong calon PM dari UMNO adalah disebabkan sudah serik dengan DAP semasa berada dalam Pakatan Harapan sebelum ini.

Muhyiddin tidak mahu melihat parti itu kembali berkuasa di Putrajaya. Beliau sanggup mengenepikan sengketa politik dan memberi sokongan kepada calon PM yang diletak UMNO, serta mengajak rakan parti komponen dalam Perikatan Nasional untuk menyokong Ismail Sabri.

Ismail Sabri dan UMNO tidak akan dapat menerajui kerajaan semula tanpa sokongan PAS dan GPS yang berada dalam PN dan mungkin akan menjadi pembangkang semula.

Sedangkan, sebelum ini, Muhyiddin kehilangan jawatan yang berpunca daripada tindakan 15 Ahli Parlimen UMNO yang menarik balik sokongan di Dewan Rakyat.

Namun, Muhyiddin membalasnya dengan membantu Ismail Sabri meraih 114 sokongan Ahli Parlimen, sekaligus melayakkanya diangkat sebagai perdana menteri kesembilan.

Perlu diingat, Muhyiddin juga pastinya meletakkan syarat. Beliau tidak mahu individu yang berdepan pertuduhan jenayah di mahkamah disenaraikan dalam barisan Kabinet.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here