Sindiket pelaburan dalam talian tumpas

0
268

Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN

BAHAGIAN Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields bersama Bahagian Siasatan Risikan /Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menumpaskan satu sindiket penipuan pelaburan dalam talian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak berkata, polis melakukan serbuan di sebuah premis di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

“Seramai tujuh individu warga asing berumur 26 sehingga 35 tahun telah diberkas menerusi serbuan ini.

“Turut dirampas ialah 14 unit monitor, tujuh unit pemprosesan pusat (CPU), 14 unit telefon bimbit pelbagai jenama, dua set modem dan satu set router,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 15 September ini untuk siasatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati sindiket mula beroperasi sejak Mac 2021 dan menyasarkan mangsa dari Korea.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan atau aktiviti yang mencurigakan diminta menghubungi hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here