ADUN Kota Putera positif Covid-19

0
401

Oleh MOHD. LAZIM ENDUT

KETIADAAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman semasa
Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu hari ini terjawab, apabila beliau dilaporkan positif Covid-19.

Menurut Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu, Dr. Alias Razak, Mohd. Nurkhuzaini disahkan positif pada minggu lalu selepas menjalani ujian saringan.

Menurut beliau, Mohd. Nurkhuzaini yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna negeri, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, Mohd. Nurkhuzaini disahkan positif dan dimasukkan ke hospital sebelum Kerajan negeri mewajibkan semua ADUN membuat ujian saringan Covid-19 pada 9 September lalu.

“Sewaktu mula-mula dimasukkan kedalam wad memang beliau demam, tetapi sekarang ini kelihatan semakin sihat dan hanya menunggu masa untuk keluar dari hospital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here