[VIDEO] Najib hilang ‘sengat’

0
368

Siapa ingat kata-kata ini. Eh saya tidak ada buat apa-apa pun. Saya hanya main Facebook?

Itu kata-kata yang kerap dimainkan bekas Presiden UMNO Najib Tun Razak yang kini berdepan pelbagai tuduhan salah guna kuasa, jika dikaitkan perbuatan yang kerap mengkritik kerajaan menggunakan Facebook.

Kritikan tanpa henti Najib sehingga ke tahap apa sahaja dilakukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) semuanya salah, tiada satu yang betul.

Tiada satu ruang diberikan untuk membolehkan apa yang dirancang, berhasil. Semuanya dikatakan gagal, segagal-gagalnya dan ia diulang setiap hari dan setiap malam menerusi hantaran di Facebooknya.

Bagaimanapun sejak dua minggu lalu selepas Perdana Menteri Kesembilan dari UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dilantik, kelakuan Najib di Facebook sudah berubah. Senyap.

Sesetengah netizen menyifatkan hantaran Najib kini malap, hambar. Tiada lagi kritikan berjela-jela. Tiada lagi data dan analisis sama ada dari dalam atau luar negara.

Najib di Facebook seolah-oleh sudah kehilangan sengat. Lihat sahaja sebaik pengumuman Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin mengenai pembukaan sekolah pada 3 Oktober ini.

Tiada lagi bantahan berjela-jela Najib. Sedangkan situasinya masih sama. Kes jangkitan Covid-19 masih tinggi. Masih banyak negeri berada dalam fasa satu pemulihan.

Jika sekalipun pembukaan sekolah itu dirancangkan untuk negeri yang sudah beralih ke fasa lebih selamat, bagaimana pula nasib pelajar di negeri fasa satu pemulihan?

Adakah mereka hendak dibiarkan ketinggalan. Semua itu tidak diendahkan Najib jika hantaran terbaharu menjadi ukuran.

Tetapi sebelum ini, tidak menang tangan dibuatnya, dibalun secukupnya kerajaan dahulu. Itulah sikap yang kita nampak hari ini.

Mungkin sudah sampai masanya netizen menarik balik raja troll daripada Najib Tun Razak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here