Perjalanan Suresh di Paralimpik Tokyo terhenti

0
243

JAGUH memanah negara, S. Suresh tidak berjaya untuk meloloskan dirinya ke pusingan kedua di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 akibat terganggu dengan cuaca hujan di Lapangan Memanah Yumenoshima Park, hari ini.

Atlet daripada Jawatankuasa Paralimpik Rusia Bato Tsydendorzhiev menewaskan Suresh, juara memanah dunia 2019 itu dengan keputusan 6-2 pada pusingan pertama atau peringkat penyingkiran 1/16 itu.

Anak kelahiran Kedah itu memulakan panahannya dengan goyah apabila tewas pada set pertama 23-25 sebelum kembali bangkit pada set kedua setelah mengatasi lawanny 28-25, bagi mengikat kedudukan 2-2.

Bagaimanapun, Bato kembali mendahului saingan itu 4-2 setelah memenangi set ketiga dengan 25-23 dan mengekalkan momentumnya untuk memenangi set terakhir terakhir 28-23 bagi mengesahkan slot ke peringkat seterusnya.

Bato akan menentang wakil India, Harvinder Singh yang menewaskan Stefano Travisani dari Itali, 6-5, petang ini.–SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here