Curi tabung masjid: Suspek sudah banyak kali dibantu

0
272

MAJLIS Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sudah beberapa kali menghulurkan bantuan kepada wanita yang didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan mencuri tabung masjid di Padang Pauh dekat sini.

MAIPs dalam kenyataan memaklumkan, kes wanita itu juga telah dirujuk kepada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk bantu memantau keadaan dan keperluannya secara berkala termasuk bantuan rumah sewa.

Katanya, wanita terbabit yang difahamkan dalam proses pembubaran perkahwinan sebelum ini pernah dirujuk berkaitan permasalahan keluarga dan bantuan segera telah dihulurkan.

“Selain itu, isu yang dihadapi wanita itu turut dirujuk kepada agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan sokongan, serta turut mendapat bantuan NGO yang amat prihatin,” kata kenyataan itu.

MAIPs berkata, pihaknya berharap agar perkara itu dapat diselesaikan dengan sebaiknya, selaras dengan petunjuk daripada contoh tauladan golongan terdahulu.

“Pihak tertuduh wajar diberikan ruang untuk kembali mengubah diri dan dalam masa sama, pengurusan masjid juga harus diberikan ruang untuk menjalankan peranan mereka sewajarnya,” ujarnya.

Tambahnya, isu saringan awal pihak berkuasa berkaitan positif bahan terlarang dan sebarang isu lain yang tidak membabitkan pihak masjid, MAIPs menyerahkan hal itu kepada pihak berkuasa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here